3am - Malam yg penuh syahdu. Aku bangun mengambil wuduk dan bersiap sedia untuk bertemu dgn yg Maha Esa. Satu perasaan yg sukar digambarkan. Mengangkat takbir dengan linangan air mata. Betapa berdosa dan kerdilnya aku. Baru aku sedar selama aku bersama adam aku semakin lupakan Tuhan yg satu. Aku lupakan kawankawan aku. Aku lupakan keluarga aku. Hidup aku hanya adam. Ya Allah.. Betapa jahilnya aku. Suara bertaranumku selepas solat maghrib tidak lg kedengaran. Teringat kembali segala kisah yg dahulu. Setiap lafaz dan takbir diiringi dgn air mata penyesalan. Kabur.
' Tasha.. mama da lama tak dengar suara kaklong mengaji.. rindu sngt '
Salam diberikan lalu aku menadah tgn.
' Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah.. Engkau lah yg Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Aku hambaMu menadah kedua tapak tgnku pada malam ni.. Untuk meminta pertolongan.. Ampunkan segala salah dan silapku.. Sesungguhnya aku la hambaMu yg penuh dgn dosa.. Maafkan aku kerana lupakan Mu.. Maafkan aku kerana menjadi anak yg derhaka.. Maafkan aku kerana tidak menjadi seorang insan yg baik.. Aku menyesal.. Engkau bersih dan sucikn la hatiku.. Kau bantulah aku.. Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu.. Janganlah Engkau membuang aku.. Aku mohon.. Kasihanilah aku ya Allah.. '
Menangis. Aku menangis sepuas-puasnya. Begitu lah rutin harianku setiap malam. Mencari keampunan dr Allah. Setiap detik aku sering tertanya-tanya.
' Apakah Allah sudah mengampunkan aku? Apakah Allah masih menyayangiku? Apakah Allah masih mengaku aku hambaNya? '
Aku mengambil al-quran dan membacanya. Kedengaran alunan suaraku bertaranum menemani kesunyian di dlm bilik hotel.
' Mama.. Kaklong mengaji maa..' Hanya mampu berbisik di dlm hati.
Keesokkan paginya aku resah. Sejak menerima text dari adam aku jadi tidak tenang. Aku takut. Apa yg harus aku lakukan agar lelaki itu tidak akan ganggu hidup aku lagi?
' Mia.. Sha nak pinjam RM100 boleh tak? Nanti sha da ada duit sha ganti.. '
' Nak buat apa? '
' Adam mintak sha bayar bil celcom.. Sha mana ade duit :'( Mama tak tahu.. Tak nak dia susah hati.. '
' Mia balik minggu depan. Kalau mama bg duit mia bagi ok. Huh! Lelaki apa mcm tuh '
' Ok thanks mia :( entahla..hmm '
Hampir seminggu aku terperuk dalam hotel di kelantan ni. Sepatutnya aku balik kelmarin tetapi kereta buat dajjal. Masih di ICU lagi. Aku memandang mama yg sedang khusyuk tgk TV.
' Err.. maa.. kita balik bila? Minggu depan kaklong nk jumpa mia jab taw.. '
' Tak tahu lg.. Kalau kereta tak siap lg kita semua balik naik bas.. Nak buat apa? Kita kena balik kampung '
' Alaa maa.. kaklong ada hal sikit nk selesaikan dgn mia '
' Hal apa? '
' Err.. xde apeape la maa.. '
Mama memandangku dgn penuh curiga. Hati aku amat berat untuk memberitahu kisah yg sebenar. Sebab aku sedar kewangan keluarga aku pun cukup2 makan. Hmm
to be continue...
No comments:
Post a Comment