Ketika ini saya teringat pertemuan pertama kita di ioi mall depan TGI Friday. Ketika awak datang menghampiri saya dengan jaket hitam awak itu, saya tahu bahawa hidup saya tidak akan sama lagi. Banyak sekali peristiwa yg saya alami bersama awak. Menemani awak bermain ice skating. Duduk di tepi jalan raya menunggu bas sampai ke malam. Menjadi tontonan orang ramai kerana menangis di bahu awak. Saya sedang mengenang setiap detik itu.
Dan saya juga sedar akan satu perkara lagi. Bukan kehadiran awak yg menjadikan hidup saya kembali normal tetapi awaklah yg membuatkan hidup saya menjadi normal. Saya dapat ketawa bersama awak setiap masa. Terima kasih hubby kerana telah menjadi kekasih dan kawan saya selama ini. Saya tidak akan melupakan setiap hayat saya.
Berjanjilah awak akan selalu tabah. Kali ini saya minta agar awak percaya kepada saya bahawa walau apa pun yg berlaku saya akan selalu di samping awak.
Saya sayangkan awak eimie..
This is so sweet. Saya ni "mat touching" simply touched with your words baby ^^
ReplyDeletehehhee.. mat touching la sangt! HAHA. ikhlas dari hati. Be strong ye hubby ^^ ILOVEYOU
ReplyDelete