Welcome to Nasha's Story Land :) Do Read! Do Follow ya! ^^

Thursday, 21 June 2012

1# Seumpama Crystal

BAB 1

' Tina!! Nenek.. Nenek tina! ' 


Dhiya tercungap-cungap kerana berlari. Raut wajahnya yg gelisah  membuatkan Tina semakin resah. Apatah lagi bila tentang nenek yang diucapnya. Tina memandang Dhiya dengan penuh tanda tanya. Pembacaannya terus ditinggalkan begitu saja.

' Kenapa dgn nenek Dhiya?! '
' Nenek kena serang sakit jantung lagi. Nenek dekat hospital '
' Nenekk!!! '


Tina terus berlari pulang kerumah tanpa menghiraukan Dhiya. Sebak didada tidak dapat ditahan. Air mata laju mengalir. Dalam hati Tina tidak berhenti dari mendoakan agar neneknya selamat. Ya Allah.. selamatkan nenek.. Dialah satu-satunya tempat aku berkasih sayang. Setibanya Tina di rumah kelihatan Mak Timah sedang berbual-bual dengan seorang lelaki.

' Tina.. Nenek kamu Tina '
' Bawak Tina jumpa nenek! '


Tina hanya menurut apa yang disuruh oleh Mak Timah. Tina masuk ke dalam kereta Honda Civic biru itu tanpa banyak soal. Persoalan tentang siapa lelaki itu tadi terus dilupakan. Apa yang lebih penting adalah  keadaan neneknya. Sepanjang perjalanan Tina hanya mendiamkan diri. Lelaki itu juga tidak mengeluarkan sepatah kata.

' Saya harap awak banyakkan bersabar '


Lelaki itu memandangku. Aku hanya diam tanpa kata. Kemudian aku terus menuju ke kaunter dan bertanyakan tentang nenek. Seperti yg diberitahu doktor nenek sedang menjalani pembedahan. Aku duduk di tempat menunggu bersama lelaki itu. Beberapa minit selepas itu Dhiya dan Mak Timah tiba. Aku terus memeluk Dhiya sambil menangis teresak-esak. Dhiya juga turut menangis.

' Dhiya..aku hanya ada nenek sowg..aku tak sanggup kehilangan dia '
' Tina..Kuatkan hati..Semua ni ketentuan Allah..Kita kena redha '


Mak Timah hanya melihat aku dengan penuh simpati. Lelaki itu dari tadi memandang aku. Mungkin simpati atas kejadian yang menimpa aku. Aku tidak ada ibu bapa. Seperti yang aku ketahui mereka telah meninggal dunia. Nenek yang menjaga aku dari kecil. Mak Timah juga sudah seumpama ibu aku sendiri. Aku dan Dhiya menuju ke surau untuk menunaikan solat hajat bersama. Membaca yasin untuk nenek. Hati aku saat ni amat menyakitkan. Aku takkan dapat terima sekiranya nenek pergi dari hidup aku buat selamanya. Ya Allah. Janganlah Kau ambil nenek dari aku lagi. Aku masih belum bersedia. Aku merayu..

bersambung...






♥ No Hide! No fight! Love Forever! ♥

No comments:

Post a Comment