- Alam Baru -
Terasa seperti baru je semalam aku masih seorang kanakkanak. Tapi realitinya kini aku sudah besar dan sedang berpijak di UiTM Kelantan. Ya. Aku sudah berumur 19 tahun dan tak lama lagi akan memasuki alam yg baru. Tahun ini adalah tahun terakhirku bergelar remaja. Sedihnya tapi dalam masa yg sama sangat excited. Selepas ini akan menjadi lebih mencabar. Jauh sekali tempat aku sambung belajar. Bukannya apa. Dulu waktu kecil aku memasang hasrat untuk belajar jauh dari negeri tempat tinggalkan. Dan akhirnya hasrat aku itu di dengar.
Aku sering membawa diri sekiranya aku mempunyai masalah. Kalau dulu aku lari ke SMK Cyberjaya. Kini aku lari ke kelantan. Kenapa kelantan? Sedangkan aku banyak dapat tawaran sambung belajar yg lebih dekat. Matrik Perak contohnya. Tak pon di selangor ni. Beberapa tahun yg lepas. Aku dibelengu dgn masalah keluarga. Kalau dulu aku merupakan anak manja ayah. Tapi semua itu hilang sekelip mata sejak aku mula masuk ke alam menengah. Sikap ayah aku yg terlalu mengawal aku betulbetul menyesakkan. Bahkan membuatkan aku betulbetul rasa terseksa. Aku cemburu dgn kawan2 ku yg mempunyai sifat mesra bersama kedua ibu bapa mereka.
Dulu mungkin aku boleh peluk dan cium mama ayah tapi bukan semasa alam menengah. TibaTiba sekelumit rasa untuk berkasih sayang itu hadir dalam diriku. Malangnya aku terlalu eqo. Sampaikan aku berjumpa dgn kaunselorku di sekolah dan menyatakan hasratku.
' cikgu..saya teringin nak peluk mama semula..saya cemburu tgk kawan2 saya'
Ya Allah. Betapa aku dahagakannya suatu masa dulu. Masalah keluarga yg telah membataskan segala kemesraan kami sekeluarga. Perasaan marah dan benci dlm diri aku telah melahirkan ego yg tinggi. Aku tepiskan segala kerinduan di hati. Aku yg telah menjadi saksi atas segala yg terjadi suatu masa dulu. Dan sehingga sekarang perkara itu telah membuatkan aku menjadi menggigil tatkala mendengar bunyi dentuman guruh dan kilat. Ianya seakan-akan bermain semula di depanku.
Hanya aku yg menanggung segala rasa sakit itu. Hanya aku yg menangis keseorangan di dalam bilik. Kerana adik2 ku tidak mengerti walau satu pon yg terjadi. Bertambah pula dgn sikap ayah yg semakin menjadi-jadi mengawal diriku biarpun aku sudah mencapai 17 tahun. Keluar tak boleh. Lawatan sekolah tak boleh. Study group tak boleh. Handphone selalu rampas. Aku masih sabar. Dan kerana itulah aku mengambil keputusan untuk stay di sekolah sampailah pukul 6 petang. Bagiku rumah bukan la syurgaku. Setiap kali aku dirumah pasti hanya akan menyakitkan. Sekolah dan kawan2 adalah tempat untuk aku bergembira. Tempat untuk aku melupakan segala masalah di rumah.
'Ayah..bg balik phone kaklong..please..kaklong tak boleh hidup tanpa phone'
Betul tuh. Handphone aku bagaikan nyawa kedua aku. Aku sering terperap dalam bilik dan hanya handphone lah yg setia menemaniku. Dengan masalah akademik keluarga sahabat dan juga kekasih betulbetul membuat aku tak tenang. Menangis menangis dan menangis. Tapi tidak seorang pun yg mndengar.
Sejurus selepas keputusan SPM keluar dan tawaran yg datang sangat banyak. Alhamdulillah rezeki aku masih ada. Ketika itu aku bersama adam. Kalau boleh dengan dia sekali aku nak lari. Penat dgn semuanya. Segala caci maki telinga aku sudah tak mampu untuk bertahan. Pada mulanya kami merancang untuk belajar di tempat yg sama. Kuasa Allah kan. Allah dengar doa aku dan Dia Maha mengetahui.
'Kemas baju kita hantar kaklong pergi kelantan!'
Betapa terperanjatnya aku. Kecewa! Ya. Sebab mama ayah da setuju aku nak belajar tempat yg sama dgn adam tapi tibatiba lain pula jadinya. Perasaan marah aku yg sememangnya masih belum hilang terhadap ayah lalu makin bertambah. Jauh di lubuk hati aku menginginkan tapi aku tepis jauhjauh. MulaMula aku memberontak tapi akhirnya aku setuju sebab aku nak lari dari semua masalah. Malah sebelum aku pergi aku berjumpa dgn ustazah aku. Menceritakan segala masalah yg aku hadapi. Sehinggakan ustazah aku mengalirkan air mata.
'Ustazah..saya da tak tahan sangat..Tolong saya'
'Pergilah atiqah. Kalau boleh pergilah sejauhnya. Ustazah tahu atiqah seorang yg tabah. Percayalah ckp ustazah. Atiqah adalah insan yg dipilih Allah untuk terima ujian seberat ni. Sebab Allah masih sygkn atiqah'
Perjumpaan aku dgn ustazah ini takkan pernah aku lupakan. Kerana tiada siapa pon yg tahu. Aku sangatsangat tak tahan. Jadi aku mengambil keputusan untuk menghubungi ustazah. Hanya dialah yg rapat dan memahami aku. Sungguh! Terlalu berat aku pikul. Terima kasih :')
Akhirnya aku betulbetul berada di kelantan. Memulakan hidupku yg baru dan belajar untuk menjadi seorang yg lebih tabah.
bersambung...
No comments:
Post a Comment