Aku mulakan dengan lafaz bismillah. Jariku mula rancak menaip. Sudah lama tidak ku coretkan sebuah cerita hati. Dan hari ini aku masih berkesempatan untuk bercerita. Tidak semua kisah hati berakhir dengan kebahagiaan. Dan tidak juga semua kisah hati berakhir dengan kesedihan. Setiap insan memiliki cinta dan kasih sayang.
Cinta sekiranya ditakrifkan dgn betul cinta tidak sepatutnya memberi kesedihan tapi cinta seharusnya menggembirakan. Dan cinta itu adalah menguatkan dan bukannya melemahkan. Cinta itu milik Allah. Masa depan itu milik Allah. Kerana Allah itu Maha Mengetahui. Justeru itu aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasa apa itu cinta dan apa itu kasih sayang.
Khuwarizmi Mior Badri. Satu nama yg menjadi seri hati aku dulu,kini dan insyaAllah akan datang jua. Rupanya utk menjalinkan sebuah hubungan bukannya mudah. Terima kasih kerana menerima diri ini. Pesanan buat si dia :
Duhai bakal imamku..
Akan aku tunggu dirimu menjemputku di pintu rumahku..
Bimbinglah aku..
Terimalah aku seadanya..
InsyaAllah aku akan menjadi isteri yg solehah..
♥ No Hide! No fight! Love Forever! ♥
No comments:
Post a Comment