Saturday, 28 July 2012
Lately
Seperti kebiasaan setiap pagi aku akan call mama. Tanye khabar dan berkongsi cerita. Tapi pagi ni aku dapat tahu tentang sesuatu yg betul2 buat aku terkejut. Tamat sahaja perbualan aku dan mama dgn senangnya air mata jatuh. Seakan aku dapat merasakan kesedihan yg dialami oleh mama. Aku juga turut bersedih. Sekarang dah lain. Ayah dan mama dgn relanya meluahkan masalah masing2 dkt aku. Baru aku terasa seperti seorang anak yg amat diperlukan. Tapi berita yg aku dpt itu amat menusuk dlm hati. Aku kuatkn juga hati untuk belajar biarpn aku tahu tidak satu pon yg masuk. Test beberapa jam tadi pon adalah hasil drpd fokus didalam kelas & banyak buat latihan sebelum ni. Semoga Allah kuatkan hati mama. Kadang2 aku rasa kehidupan aku tidak ubah seperti cerita di dlm novel. Apa2 pun begitu sukar utk aku menerima berita itu. Tp itu juga atas keizinan Allah. Aku harus belajar utk menerimanya. Lebih2 lagi mama perlukan aku. Dan beberapa jam tadi aku terima panggilan dr ayah. Agak lama aku memandang skrin telefon. Rasa sukar utk percaya panggilan itu adalah dr ayah. Kerana kebiasaannya akulah yg menghubungi mereka. Aku berbual seperti biasa. Kelihatan seperti ayah ingin memberitahu sesuatu dkt aku tp tdk diluahkan. And aku tahu ayah sentiasa mengikuti blog aku ni. Ayah..Walau apepn tasha sentiasa sayang mama & ayah. Seperti status FB aku semalam ' Aku percaya tiada yg sia-sia dlm kehidupan ini kerana semua ada hikmahnya ' Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Kehidupan tidak selalunya indah bukan ? Ayah. Jangan Give Up! Kami masih perlukan ayah. Mama. Jangan bersedih. Kerana kami sentiasa ada buat mama :) ILOVEYOU
♥ No Hide! No fight! Love Forever! ♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment