Welcome to Nasha's Story Land :) Do Read! Do Follow ya! ^^

Thursday, 31 May 2012

1# Lukisan hati

- Gadis Biasa -

Kini aku memulakan kehidupan baru di Puchong. Ya. Kami berpindah lagi atas urusan kerja. Ayah seorang chef terpaksa bertukar ke Hotel Cyberview Lorge Resort & Spa, Cyberjaya. Pertama kali menjejakkan kaki ke SMK Puchong Utama 1. Seribu satu perasaan yg bertandang di hati. Berdebar! Aku hanyalah gadis biasa. Sepanjang aku membesar tiada apa yg menarik tentang diri aku. Aku hanya dikenali sebagai seorang anak yg manja biarpun aku adalah anak sulung. Segala kemahuan aku akan dipenuhi oleh mama ayah. Aku juga bukanlah seorang yg peramah. Malah aku amat merendah diri sehinggakan kawan2 aku sendiri pernah memijak aku. Pernah suatu ketika aku menangis teresak-esak kerana tidak mahu pergi ke sekolah. Hanya disebabkan aku sering diejek dan mengata di belakang aku. Pity me right?

Aku mula berjinak-jinak dlm sukan. Ya. Aku seorang atlet. Seorang runner sekolah dan memegang posisi Wing Attack dlm netball. Sukan sudah sebati dlm diri aku. Malah aku teruskan sehingga ke peringkat daerah. Sejak itu aku mula membina keyakinan dlm diri aku. Aku mencabar diri aku untuk menjadi pengawas sekolah. Tidak disangka aku juga pernah memegang jawatan ketua pengawas di sekolah agama. Aku bukanlah seorang yg pandai. Biasa saja. Aku lebih kepada sukan drpd akademik. Kalau ikutkan mama aku akan meneruskan persekolahan aku di sekolah cina. Tapi ayah takut aku tak tahu agama. Jadi decide masukkan sekolah biasa. Betul tuh. Aku Mix Blood chinese & bugis ^^

Sampai lah suatu waktu tuh ayah risau akademik aku kian jatuh dr hari ke hari. Mana taknye 24/7 sukan je keje aku. PMR tahun depan.

' Tasha. Pindah sekolah! '

Aku ingatkan ayah mainmain.Tapi TAK! Aku sedih sngt. Kalau aku pindah bererti aku akan tinggalkn segala zaman kegemilangan sukan aku dekat situ. Ohh Tidak sama sekali! Apatah lagi aku terpaksa pindah dekat SMK Cyberjaya. Sekolah tuh sekolah budak gila buku! Ggrr. Ayah bagi aku peluang untuk buat keputusan sendiri. Kalau aku bodek confirm dapat! Anak manja kn. huu

' Nuri..patut tak aku pindah? '
' Haa?! Ko nak pindah tiqah? '

Terlukis wajah sedih nuri tatkala dia berkata mcm tuh. Nuri merupakan sahabat baik aku sejak dari sekolah rendah. Aku sayang dia sangat. Sayang sangat! 

' Ayah! Kaklong nak pindah! '

Aku buat keputusan untuk pindah sekolah. Pada mulanya memang aku bantah habis2an. Tapi aku tukar fikiran setelah lama aku berfikir. Aku nak buang segala yg keruh dan ambil yg jernih. Aku nak pindah sebagai atiqah nashara yg baru. Cukuplah selama ni orang ckp belakang aku. Kawan aku sendiri. Bergaduh semua. Cukup! Bila fikir balik mcm budak2 je gaduh2 ni. haha. Aku pindah tanpa diketahui oleh kaawan2 aku. Hanya segelintir je yg tahu tentang tuh. 

Bersambung...



♥ No Hide! No fight! Love Forever! ♥

No comments:

Post a Comment