- Kembali Normal -
Alhamdulillah. Kini kupanjatkan syukur kerana semuanya telah selesai. Aku mulakan hidup baru dengan iman dan taqwaku. Atiqah Nashara yg dulu telah kembali semula. Malah segala penderitaan yg aku alami selama ini telah menjadikan aku seorang insan yg lebih kuat dan tabah. Jikalau dulu segala kata2 nya akan membuatkan aku kembali semula kepadanya tapi kini segala kata2 itu telah bertukar kepada benci. Sedikitpon tidak akan menggoyahkan hatiku.
Mungkin suatu hari nanti aku akan memaafkanmu. Kerana aku tahu aku adalah seorang yg begitu mudah untuk memaafkan seseorang. Sehinggakan kawanku sendiri pernah memberi nasihat agar jgn jadi sebegitu mudah kerana akan ada seseorang yg memijak kepalaku. InsyaAllah aku akan cuba memaafkan dirimu. Biarpun payah kerana luka dan sakit itu akan berparut dlm diriku sampai bilabila. Berkali-kali aku cuba utk memaafkanmu dgn seikhlasnya tetapi setiap kali itulah ianya akan bertukar mnjadi benci sebencinya.
Mengenalimu merupakan kenangan pahit dalam hidupku. Namun ia juga adalah saat terindah yg tak mungkin dapat kutemui sampai bilabila. Biar mcm mana sekalipon aku ingin berterima kasih keatas dirimu. Tanpa dirimu aku tidak mungkin akan menjadi setabah ini. Dan tanpa dirimu jualah aku tak mungkin sesekali ingin mengenali lelaki sepertimu pd masa akan daatang. Terima kasih kerana mengajar aku mengenali lelaki sepertimu. Baru ku tahu apa itu permata dan apa itu kaca. Aku harap kita takkan berjumpa lagi.
Tamat!
No comments:
Post a Comment