Welcome to Nasha's Story Land :) Do Read! Do Follow ya! ^^

Sunday, 17 June 2012

9# Lukisan hati

- Penyelamatku -

' Hi saudara hakim hakam :) '
' Hyep ^^ err sape ye ni? '
' Amm.. anak angkat mama kembar '
' Haa?! Tak pernah tahu pon '

Sedang aku asyik online facebook tanpa disangka ada seorang hamba Allah menegurku. Alangkah terperanjatnya aku tatkala mengetahui tentang status si dia. Dari situ kami mula rapat dan berkawan. Segalanya berjalan dengan baik. Aku menghubungi lelaki lain dlm diam sedangkan aku bersama dgn orang lain. Segala masalah aku kongsi bersamanya. Aku tak tahu kenapa begitu mudah aku meluahkan segala masalah. Akhirnya kami berpakat untuk berjumpa. Aku memutuskan untuk pulang ke kampungku. Johor. Di situ aku ingin tenangkan segala fikiranku. Hamba Allah itu juga pulang ke kampungku.

Setibanya aku di kampung, aku terus menjenguk rumah maklongku yg merupakan betul2 berada dibelakang rumah atok. Bila difikirkan semula biar betul aku balik kampung semata2 nak jumpa lelaki ni. Malam itu aku berbual dgn atok. Aku menyatakan hasratku supaya atok buatkan aku sambal belacan. Seriously sedap & lain dr yg lain! 

Keesokkan paginya aku bersarapan bersama atok. Atok mengarahkan aku supaya memakai tudung.

' Tasha pergi pakai tudung. Hakim Hakam bawak kawan2 dia. Takut dowg datangg sini pulak nanti '

Aku terus masuk ke bilik dan seperti yg atok cakap tibatiba muncul dua orang lelaki yg aku tidak kenali. Salah seorang drpdnya tak lain tak bukan adalah hamba Allah itu. Tanpa aku sangka dia betulbetul berdiri di depan ku sambil memberikan senyuman lalu keluar semula. Aku yg hanya tunduk dari tadi pelik dgn tingkahnya. 

Sedang aku khusyuk menonton televisyen tibatiba ada seorang lelaki terus duduk di sofa depanku. Aku mula rasa tidak senang duduk. Kalau boleh nak je aku bangun then masuk bila. Tapi entah kenapa kakiku seperti dipaku dgn kuatnya. 

' Hi tasha:)'
' err.. hye '
' Tasha.. amm risau la dgn tasha. Cuba tasha kuat sikit. Jangan percaya lelaki yg mcm tuh '

Aku yg tidak tahu apaapa terus diserang dgn kata2 nya. Dengan tak berapa nak kenal boleh plak dia ckp mcm tuh semua dgn selambanya tanpa ada sedikit pon rasa malu. Atok pula hanya pandang kami dari jauh. Aku tidak memberikan sebarang respon. Hanya senyum dan mengiyakan saja. Tadahkan jela telinga ni.

Tup tap tup tap cousin kembar aku pon masuk campur. Malam tuh kami masuk tidur pukul 1. Mengadakan mesyuarat tergempar. Bila difikirkan semula kelakar la plak. Terharu pon ada sebab cousin aku sngt ambil berat pasal aku. 

Akhirnya keputusan telah pon diambil. Aku menghantar satu pesanan ringkas kepadanya.

' salam.. Maafkan saya atas segalanya. Tapi saya dah tak sanggup. Biarlah hubungan kita sampai disini saja. wslm '

Lalu handphone aku dijaga oleh hamba Allah ini selama satu malam sebab aku sangat lemah. Aku tahu dia akan menghubungiku berkali2 dan kata2 dia boleh melunturkan hatiku. Tapi entah mengapa setitis air mata pon tidak jatuh kerana berpisah dgnnya. Malah satu perasaan lega yg tidak pernah aku rasakan sebelum ini. Malam itu aku sujud syukur dan solat taubat kerana akhirnya segala urusanku telah selesai. Alhamdulillah.

bersambung...

♥ No Hide! No fight! Love Forever! ♥

No comments:

Post a Comment