Welcome to Nasha's Story Land :) Do Read! Do Follow ya! ^^

Thursday, 28 June 2012

2# Seumpama Crystal

BAB 2

Kedengaran sayup-sayup suara orang ramai membaca yasin. Kelihatan sekujur tubuh yang ditutupi dengan kain putih di ruang tamu. Tina tidak lepas dr sisi tubuh itu. Tangisannya tidak berhenti sejak dari malam tadi.

' Nenekk..Kenapa nenek tinggalkan tina '

Dhiya hanya mampu mengusap belakang teman baiknya itu dengan pandangan simpati. Dengan harapan temannya itu akan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Ketika itu Dhiya nekad akan sentiasa bersama Tina sehingga ke akhir hayatnya.

Selepas selesai sudah pengebumian arwah. Mak timah membawa Tina pulang ke rumahnya. Tina menolaknya dengan baik. Menyatakan hasratnya untuk pulang ke rumah bersendirian buat sementara. Sedih dihati masih belum hilang. Terasa seperti baru je semalam dia bergelak tawa dgn arwah.

'Tina.. Malam kang Mak Timah datang ye. Ada perkara yg hendak Mak Timah sampaikan '


Tina hanya membalasnya dgn senyuman hambar. Lingkaran hitam di bawah matanya jelas nampak. Tina memandang rumah yg dulunya mempunyai penghuni yg sentiasa menceriakan hari-harinya. Dulunya akan sentiasa menyambut kepulangan Tina di tangga itu tapi kini tidak lagi. Sekali lagi air mata Tina jatuh ke bumi dengan murahnya. Berat untuk kakinya melangkah masuk ke rumah. Sunyi sepi. Tina memandang ke sekeliling bilik arwah. Tersusun dgn rapinya. Gambarnya bersama arwah diambil dan dipeluk seeratnya. Mengharapkan seseorang yg pergi takkan kembali. Terasa kehangatan arwah yg selalu memeluknya ketika masih hidup.

'Nekk..Tina rindu nenek..Tina nak pergi mana lepas ni '


Akhirnya Tina terlena dalam tangisan bersama gambar arwah didalam pelukannya. Tanpa Tina sedar kelakuannya diperhatikan Dhiya sejak tadi. Dhiya turut mengalirkan air matanya. Sedih melihat nasib temannya itu.

' Tina..Aku akan sentiasa bersama kau '


bersambung...
♥ No Hide! No fight! Love Forever! ♥

No comments:

Post a Comment