Welcome to Nasha's Story Land :) Do Read! Do Follow ya! ^^

Tuesday, 26 June 2012

Nikah Khitbah ^^

Hyep readers! :) Post entry kali ni amat menarik jugak tajuk dia which is NIKAH KHITBAH. Apa itu nikah khitbah? Dalam bahasa melayu dia nikah gantung tapi dalam nama islamnya adalah nikah khitbah. Ada sesetengah orang yg berkata takkan tak boleh nak couple2 ni. Zaman sekarang dah lain. Bukan tak boleh. Boleh tapi dengan cara yang betul iaitu nikah! Dalam islam mengharamkan couple kerana dalam alquran sndri ada memberitahu bahawa jauhi zina. Cuba bayangkan ye bagi yg couple pasti akan ada perasaan rindu pada pasangan. Itu zina hati. Mulalah akan menghantar sms. Itu adalah zina mata. Tak cukup dgn sms mulalah call pulak. Itu zina telinga. Bila berjumpa pasangan takkan  lari dari memandang pasangannya. Itu juga dikira sebagai zina. Haa! Nampak tak? ^^ So bila pasangan menyedari akan kesalahan tu maka dowg pon make decision nak nikah. Tapi tak tahu mcm mana nak cakap dgn parents masing2. Tambahan pula dua2 masih belajar. Confirm2 parents akan cakap. AWAK TUH MASIH BELAJAR. MACAM MANA NAK TANGGUNG ANAK DARA ORANG? NAK DUDUK MANA? and bla bla bla. Solutionnya adalah nikah khitbah. Nikah khitbah ni mcm mana? Nikah khitbah ni pasangan akan akad nikah tapi tinggal berasingan bersama keluarga masing2. Dan juga dibawah tanggungan masing2. Tapi tugas suami adalah memberi nafkah zahir dan batin pada isteri. Suami juga wajib menyara isteri. Itu semua sudah tercatit dlm alquran. Haa.. macam mne tuh? Ya. Memang betul. Bagi pasangan yg nikah khitbah mereka akan ditanggung keluarga masing2 TAPI sekiranya waktu itu isteri dia bersama suami maka si suami wajib menjaga dan menyara isteri dia. Bagi mmengkukuhkan lagi statement tuh kita lihat pada zaman dulu Aisyah tidak pernah ke rumah suaminya  iaitu Rasulullah SAW dan dijaga & ditanggung oleh bapanya selama 3 tahun. Pasangan nikah khitbah ni takkan ada sebarang alangan untuk berjumpa atau berbuat apa2. Sebabnya mereka SAH suami isteri. Banyak kebaikan yg diperoleh kalau nikah khitbah. Janganlah fikiran tuh terlalu cetek sangat. Malah kita dapat mengelakkan dari fitnah. Berdosa besar sekiranya kita yg membuatkan fitnah itu muncul. Macam mana dgn parents? Confirm dowg tak bagi. Okay. Bagi parents dkt luar sana. Sepatutnya ibubapa perlu membuat anjakan paradigma. Ibubapa sepatutnya sedar zaman dulu dan zaman sekarang berbeza. Sanggup ke ibubapa menanggung dosa anak2 yg bercouple selama bertahun2 tanpa ada ikatan yg sah? Sanggupkah ibubapa yg menghalang hasrat anak2 nya utk berkahwin dan secara tiba2 melahirkan anak luar nikah atau melakukan sesuatu yg tidak sepatutnya? Jadi fikirlah sebaik2nya. Biarlah anak2 bercinta dalam keadaan yg halal. Memang benar kahwin awal banyak risikonya. Tapi apa guna ibubapa kita kalau tidak mendidik dan membimbing anak2 bukan? ^^ Ada pula yg cakap dah taw couple tuh berdosa kenapa pergi couple jugak? Manusia mempunyai perasaan untuk merasa kasih sayang,cinta dan untuk berpasangan. Manusia itu tidak sempurna. Jadi berbincanglah seelok2nya ya :)

Nota Kaki: Peringatan buat diri sendiri jugak ^^ kalau tak caya kowg search la sendri pasal nikah khitbah ni k :)
♥ No Hide! No fight! Love Forever! ♥

No comments:

Post a Comment